CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Ѧʏ иαмɛ ιƨ Δмɛɛяα Ǫʋʓαιмαн βт Ĵαмαℓʋ∂ιи . Ĵʋƨт cαℓℓ мɛ Ѧɛɛяα σиℓʏ , ιт ιƨ мσяɛ cσиʌɛиιɛит . Ɩ ωαƨ ғσʋятɛɛи ʏɛαяƨ σℓ∂ αи∂ ˩ιʌιиɢ ιи Ƨнαн Δℓαм . Ƭнαиκƨ ғσя cнσσƨιиɢ ʋρ тσ яɛα∂ тнιƨ вℓσɢ , σиɛ σғ тнɛ ɢяɛαт иɛω тιттℓɛƨ ғяσм мɛ σғ ғʋи ♥

Saturday, March 12, 2011

Kursus Induksi PRS fasa 2 (:

Heyy readers (: Huhu , sebenarnya Meera pun tak tau nak story ape . .Tapi disebabkan dah lama tak update blog , so kene la jugak post something . Hehe , ermm , ha ! Tadi Meera pergi menghadiri satu kursus dekat SMK ALAM MEGAH 2 , dari pukul 8:30 pagi sampailah pukul 5:00 petang . .Lama kan ?? Huhu , nasib baiklah aktiviti-aktiviti dalam khusus ni best-best . Kalau tak , tak tau la nak cakap ape -,- . Okay , kita cerita dari awal . .Meera gerak dari rumah dalam kol 7:30 dengan Zira , but bukan terus gi SMK ALAM MEGAH , singgah dulu rumah Wawa , sebab kitaorang tumpang dia .. Then , sampai kat sekolah tu dalam kol 8:30 , terus daftar . Sebelum kitaorang teruskan aktiviti , kitaorang pergilah isi perut dulu an , uuntuk sarapan . .Sarapan tadi kitaorang makan MEE HUN and AIR MASAK . Lepas dah kenyang2 , kitaorang start la aktiviti pertama iaitu ICE BREAKING . .Ni yang Meera suke .. hehe (; Dapat berkenal-kenalan dengan kawan-kawan baru . .Ooops , sebelum tu , lupa nak cakap . Aktiviti kitaorang dikendalikan oleh Fasilitator dari UPM .. Ramai kot abng-abng and akak-akak yang datang . .Dalam 20 orang kot , or maybe lebih sikit .. Sebelum kitaorang dipecahkan dalam kumpulan masing-masing , akak-akak and abng-abng ni perkenalkan diri dorang dulu . . Meera suka dengan sorang akak ni ! Cun gila ouh ! Dahlah muka macam orang ARAB , then cara dia pakai selendang , memang style ar . .Time dia nak perkenalkan diri , sume macam bagi sorakan kat dia , maybe sebab antara semua , dia paling cntik kot . .hehe . Nama die tak silap aku Khazimah , tapi kitaorang panggil Kak Eima . . Nama Fasi-fasi lain aku tak berapa nak ingat . .hehe :P

Then , kitaorang kene buat satu bulatan , mengikut tingkatan dalam sekolah masing-masing . Kitaorang dibahagikan mengikut 10 warna terpilih .. .Meera dapat warna PINK ! Tak suka pun . .haha :P Tapi yang sedihnya , Wawa terpisah dengan meera and zira , sebab dia je kumpulan MERAH . Dalam kumpulan Meera , 7 orang budak SMK ALAM MEGAH 2, sorang SMK SEKSYEN 27 and 2 orang budak SMK ALAM MEGAH . Lepas dah duduk dalam kumpulan masing-masing , kitaorang kene bincangkan nama kumpulan , ketua kumpulan dan sorakan kumpulan .Bincang , bincang , bincang , kitaorang setuju nak pilih sorang budak lelaki ni sebagai ketua kumpulan . Untuk nama kumpulan , mula-mula ada sorang cadangkan " ALAM 27 " . haha ! merepek je an . Katanya la , ALAM 27 tu digabungkan daripada "SMK ALAM MEGAH 2 , SMK ALAM MEGAH and SMK SEKSYEN 27 . Tapi selepas dibincangkan sekali lagi , kitaorang dah decide , nama kumpulan kitaorang " LAKI GIRLS " . haha , ni ketua kitaorang punya idea . .Untuk sorakan , kumpulan kitaorang menang untuk sorakan terbaik . .Woah ! Bangga ouh . .hehe :P Memang terbaik la . . Bla , bla , bla , lepas dah selesai LDK 1 , kitaorang oun pergi makan tengahari . .Menunya adalah , NASI BERLAUKKAN AYAM dan SAYUR . . Licin ouh Meera makan . .haha :P Lepas dah makan-makan , semua pelajar islam , termasuk guru dan fasilitator pergi menunaikan ibadat wajib dekat surau . .

And then , kitaorang sambung pula dengan aktivit LDK 2 . .Antara aktivit yang kitaorang buat ialah

1)  Bina bangunan paling tinggi dan kukuh dengan menggunakan kad manila yang telah dipotong kecil .


Tinggi tak ?? huhu :D


2) Baling telur dari tingkat 1 dan telur tidak pecah



Telur yang dibalut dengan straw 

3) Lukis bendera Malaysia


* Ni bukan boleh sembarangan lukis , ada undang-undang dia

4 ) Menari pelbagai jenis tarian ( ni yang paling best )
5 ) Ceramah motivasi
6 ) Aktiviti kaunseling antara pelajar dengan Fasilitator

Ada banyak lagi tapi Meera tak ingat LOL . hehe  . Ha ! Sebelum kitaorang buat semua aktiviti tadi , kitaorang diberikan satu tugasan . .Iaitu mencari Fasilitator kumpulan masing-masing . . Dahlah semua tak berapa hafal nama akak and abng ni .. .Then nak kene cari pulak . .haha , and lagi satu akak-akak and abang-abang fasi ni ada yang mengambil kesempatan mengenakan kitaorang . . Lawak seyh time ni . .haha :D Kitaorang dapat Fasi Hanis and Fasi Naim . Dua-dua fasilitator yang kitaorang dapat ni , comel-comel ouh . .haha :D Memang tebaik lah dorang ni . Aktiviti-aktiviti yang dorang buat untuk kitaorang semua best-best ! Lepas dah selesai LDK 2 , maka tamatlah Kursus kitaorang untuk hari ni . . Eh2 , belum habis lagi ea kursus ni . .Disambungkan pada esok hari di UPM . yay ! haha , tak sabar ouh sebab dorang kata aktiviti kat sana lebih menarik and best ! huhu , woah , panjang nye Meera update .. haha , okaylah , Meera tak tau nak tulis ape lagi , so bye2 (:

p/s : Korang perasan tak cara Meera post hari ni lain macam ?? Haha , ayat nak baik je :P

Salam sayang  ,
Ameera Quzaimah (:

No comments:

Post a Comment